Monday, 10 June 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Seperti yang kita ketahui, pelajar-pelajar SMS Sains Seri Puteri sudah kembali ke sekolah pada 9 Jun 2013 dengan semangat baru demi mengharungi semester kedua di sini. Para pelajar tingkatan 5 kini berhempas-pulas untuk Peperiksaan Percubaan SPM selaras SBP yang akan dijalankan pada 19 Ogos nanti manakala para pelajar tingkatan 4 akan menjalani ujian Diagnostik 2 tidak lama lagi.

Para pelajar sudah menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Bagi yang mencapai piawaian dan mendapat keputusan yang memberangsangkan, tahniah diucapkan. Manakala bagi tidak berjaya, kalian masih mempunyai masa dan seharusnya mengambil pengajaran dan belajar dari kesilapan lampau. Kalian masih mempunyai waktu untuk bangkit kembali dan buktikan bahawa kalian boleh lakukan yang terbaik untuk peperiksaan akan datang.


Yakinlah pada diri sendiri & kalian layak mendapat 9A+ kerana nothing is impossible. Belajarlah bersungguh-sungguh demi kecemerlangan diri dan kebanggan ibu bapa serta guru-guru. Sekian, Assalamualaikum daripada admin.

No comments:

Post a Comment